Anda Tanya Saya Jawab

 

Soalan: Bagaimana saya nak menjadi ahli Public Gold?
Jawapan: Anda yg membeli atau menjual emas dengan Public Gold secara automatik akan menjadi ahli Public Gold.

Soalan: Apakah beza Goldbar dan Dinar? Mana yg lebih untung untuk tujuan simpanan atau pelaburan?
Jawapan: Goldbar dan dinar berbeza dari segi bentuk dan berat sahaja. Keduanya mempunyai fungsi yg sama, goldbar atau dinar yg kecil lebih sesuai untuk simpanan manakala goldbar atau dinar yg berat lebih sesuai untuk pelaburan.

Soalan: Berapakah had umur minimum untuk mendaftar akaun GAP?
Jawapan: Bayi seumur sebulan setelah mendapat My Kid sudah dikira layak mendaftar Joint Akaun GAP. Seorang penjaga akan diamanahkan untuk urusan penambahan dan pengeluaran emas sehingga pemilik akaun GAP berumur 18 tahun.

Soalan: Bagaimana sekiranya saya sebagai pemilik akaun GAP meninggal?
Jawapan: Pewaris anda boleh menuntut gram emas dari akaun GAP anda dengan membawa dokumen pengesahan kematian.

Soalan: Adakah orang lain selain saya sebagai pemilik akaun GAP keluarkan emas fizikal bagi pihak?
Jawapan: Tidak boleh, hanya anda sebagai pemilik akaun GAP sahaja yg boleh mengeluarkan emas fizikal dari akaun GAP (kecuali Joint-Akaun GAP).

Soalan: Adakah saya yg berada di luar negara boleh membuka akaun GAP?
Jawapan: Ya boleh, pemilik akaun GAP cuma perlu bank in ke akaun bank Public Gold secara online dan boleh menjual balik emas simpanan secara online tanpa perlu pergi ke cawangan Public Gold. Duit jualan balik emas akan automatik dimasukkan ke dalam akaun bank.

Soalan: Adakah saya boleh untuk mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP?
Jawapan: Anda sebagai pemilik akaun GAP boleh mengeluarkan kesemua baki gram dari akaun GAP dan secara automatik akaun GAP akan ditutup. Admin caj (RM50) akan dikenakan sekiranya anda ingin membuka balik akaun GAP.

Soalan: Bolehkan emas fizikal yg sudah dikeluarkan dari akaun GAP dimasukkan balik?
Jawapan: Tidak boleh, emas fizikal yg sudah dikeluarkan dari akaun GAP boleh dijual balik ke Public Gold dan buat pembelian baru untuk menambah baki gram ke dalam akaun GAP.

Soalan: Bolehkan barang kemas ditukarkan kepada goldbar atau dinar?
Jawapan: Ya boleh, Public Gold akan membeli barang kemas tersebut dan memberikan anda pilihan untuk membeli emas fizikal ataupun disimpan dalam akaun GAP.

Soalan: Adakah Public Gold menerima goldbar dan dinar yg terbuka “seal”, kemek, calar dan patah?
Jawapan: Public Gold membeli balik semua goldbar dan dinar Public Gold dalam segala bentuk asalkan cukup berat dan ketulenannya sama seperti semasa pembelian dibuat.

Soalan: Adakah boleh untuk saya menjual emas Public Gold di kedai emas?
Jawapan: Boleh, anda boleh menjual emas Public Gold di semua kedai emas dan pajak tetapi harganya tidak bergantung kepada harga belian balik (PG BUY). Kebiasaannya kedai emas dan pajak membelinya dengan harganya lebih murah, sebaiknya jual balik pada dealer berdaftar Public Gold atau branch Public Gold.

Soalan: Adakah Public Gold membeli emas selain dari emas keluaran Public Gold?
Jawapan: Public Gold membeli segala jenis emas asalkan cukup berat dan ketulenannya tepat.

Soalan: Berapa lama proses untuk urusan jualan balik emas kepada Public Gold?
Jawapan: Duit akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam masa 1 hari bekerja selepas emas fizikal diserahkan ke branch Public Gold.

 

Jika anda ada soalan yg lain, boleh tulis di ruangan komen. Insyaallah saya akan jawab segala pertanyaan anda sebaiknya. Wallahua’lam.

Sekian, terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *