Harga Bonus

Gold Rush
Harga emas dunia dan Malaysia sentiasa turun naik setiap masa, menjadi kebiasaan untuk semua diantara kita menunggu harga emas turun. Harga emas turun diibaratkan harga diskaun yg jarang sekali ada, ramai yg menambah gram lebih banyak dari kebiasaan pada masa harga emas di paras rendah. Harga emas murah sangat dinantikan oleh penyimpan, pelabur dan peniaga emas, saya kongsikan secara ringkas kenapa semua penyimpan, pelabur dan peniaga emas sangat sukakan harga emas di paras rendah:

1. Penyimpan:
Penyimpan emas boleh buat pemurataan harga (averaging price) yg rendah untuk kesemua emas simpanannya, ianya satu teknik mudah untuk merendahkan harga belian emas yg mahal untuk memaksimumkan keuntungan simpan emas bila jual balik emas tersebut.
Sebagai contoh anda telah beli emas 1 gram pada harga RM198 dan selepas pada itu harga emas turun pada harga RM142/gram, anda tetap buat pembelian seterusnya 1 gram menjadikan jumlah harga pembelian untuk 2 gram emas adalah RM340. Maka harga setiap gram emas secara purata adalah RM170/gram. Harga emas RM198 yg anda beli dulu boleh menjadi RM143/gram jika anda beli 100 gram emas di masa harga emas RM142/gram. Bila emas naik pada paras harga RM180/gram, emas yg dibeli pada harga RM198 boleh terus dijual tanpa ada kerugian selepas ditolak spread. Makin banyak anda beli semasa harga murah semakin rendah harga emas per gram.
2. Pelabur:

Pelabur emas beli pada harga paling murah dan jual pada harga paling tinggi untuk mendapatkan untung yg paling maksimum. Penurunan emas mendadak memberikan peluang yg besar kepada pelabur untuk membuat keuntungan yg tinggi dengan emas, trend graf emas untuk jangkamasa panjang adalah menaik menjadikan emas adalah pelaburan jangkamasa panjang yg paling selamat kepada pelabur.
Sebagai contoh jika harga emas turun sebanyak 40% dari harga tertinggi, maka peluang anda untuk menjana keuntungan boleh mencapai dan melebihi 40% dari jumlah nilai pelaburan bila harga emas kembali kepada harga asal dan terus menaik di masa depan.
3. Peniaga:

Peniaga emas boleh dapatkan stok emas lebih yg banyak dengan menggunakan modal duit tunai yg sama. Peniaga juga boleh dapatkan untung yg maksimum di saat ramai penyimpan dan pelabur merebut peluang membeli semasa harga emas murah.
Sebagai contoh anda mempunyai modal tunai RM20,000 sebagai modal pusingan untuk membeli emas, jika pada masa emas tinggi anda hanya mampu membeli 100 gram emas tetapi pada masa harga emas turun 40% anda boleh membeli 140 gram dengan menggunakan modal yg sama. Katakan margin keuntungan anda RM10/gram maka anda telah ada lebihan keuntungan sebanyak RM400 berbanding keuntungan sebelum ini untuk satu pusingan stok (cycle). Kebiasaannya peniaga boleh dapat keuntungan berganda bergantung kepada berapa laju pusingan stok (cycle) yg boleh dibuat pada masa emas di paras rendah.
Kesimpulannya semua yg mengenali emas akan sukakan harga emas murah. Makin murah lagi bagus, keuntungan beli emas bukan hanya pada ‘buy low sell high’ sahaja tapi terletak pada nilai emas itu sendiri. Bagaimana anda menjadi seorang penyimpan yg berdisiplin dan berhemah ketika berbelanja, secara automatik menjadikan penyimpan seorang yg celik kewangan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *