Dana Kecemasan

“Failing to plan, planning to fail.”
Simpanan pelindung kewangan masa depan.

Pernahkah anda dengar istilah dana kecemasan? Jika pernah anda sememangnya perihatin terhadap kewangan anda, bagi yg belum pernah dengar hari ini saya ingin berkongsi ilmu berkaitan dana kecemasan.

Dana kecemasan adalah duit tabungan anda untuk waktu kecemasan, ianya duit yg digunakan untuk perkara yg penting sahaja. Contoh perkara yg penting adalah kemalangan, ditimpa penyakit, kebakaran rumah, dibuang kerja. Jualan murah diskaun 90% adalah bukan waktu kecemasan, itu anda yg cemas terlebih.
Anda tidak akan dapat tahu bila waktu kecemasan itu berlaku melainkan ianya sudah berlaku, oleh sebab itu dana kecemasan ini perlu ada pada setiap masa. Bila waktu kecemasan anda ada ‘backup’ tanpa perlu meminjam dengan orang lain mahupun bank.
Anda mestilah mempunyai sekurangnya 3-6 bulan gaji sebagai dana kecemasan, dana kecemasan mestilah dalam bentuk duit tunai. Duit tunai lebih mudah diuruskan berbanding simpanan lain, bila berlakunya kecemasan anda boleh terus gunakan duit tunai tersebut.
Sebaiknya simpan dana kecemasan ini disimpan dalam tempat yg paling susah untuk anda keluarkan, tempat yg sesuai adalah seperti Tabung Haji dan ASB. Anda perlu beratur dan isi borang sebelum dapat keluarkan duit tunai tersebut, jika simpan di bank lain yg mempunyai kemudahan online dan debit kad risiko untuk duit simpanan anda bocor adalah tinggi.
Jika gaji kasar sebulan RM3,000, anda patut ada RM9,000 (3 bulan gaji) minimum sebagai dana kecemasan. Jika anda ada 6 bulan gaji (RM18,000) lebih baik, berapa banyak dana kecemasan yg menentukan berapa lama kita akan ‘survive’ di waktu kecemasan.
Dana kecemasan ini adalah perkara penting dan wajib bagi setiap pekerja, jika diberhentikan kerja kita tidak perlu risaukan komitmen bulanan bergantung kepada jumlah dana kecemasan yg anda ada. Jika anda ada dana kecemasan 6 bulan, anda boleh ‘survive’ selama 6 bulan sebelum dapat kerja yg baru.

Kesimpulannya, setiap diri kita wajib mempunyai dana kecemasan yg berguna di masa depan. Jika tidak digunakan maka ianya tetap menjadi simpanan hak mutlak milik anda. Semoga kita sama-sama mempunyai kewangan yg baik di masa depan, kongsikan artikel ini jika bermanfaat.

Sekian, Terima Kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *