KELEBIHAN EMAS

Emas adalah salah satu aset fizikal dalam unit yg kecil tetapi bernilai seperti tanah dan rumah. Nilainya kukuh dan sentiasa menjadi alat pelaburan untuk mendapatkan keuntungan dalam jangkamasa panjang.

Diantara kelebihan emas adalah:

1. Boleh dimiliki dalam kuantiti kecil sedikit demi sedikit, dijual dalam pelbagai saiz serendah 0.5 gram sehinggalah 1000 gram. Boleh beli dalam kuantiti yg sesuai kepada bajet sendiri.

2. Cara jual beli yg mudah dan tidak cerewet, tidak perlu ada penjanjian jual beli atau melibatkan pihak ketiga (lawyer) untuk beli emas. Cukup sekadar serah duit dapat emas!

3. Cara simpan aset paling yg mudah, boleh simpan sendiri di rumah atau sewa safety box untuk emas kuantiti yg besar. Kilobar 1000 gram emas (baca harga RM180,000) hanya sebesar smartphone!

4. Emas tiada dalam sistem kewangan, orang bankrap pun boleh simpan emas. Pihak bank dan kerajaan pun tidak tahu jumlah emas yg kita simpan, emas boleh dicairkan (dijual) untuk meneruskan kehidupan seharian.

5. Emas melindungi nilai kekayaan kita, emas terbukti dapat menyelamatkan kekayaan seseorang mahu pun negara di waktu krisis ekonomi. Hari ini Malaysia mempunyai 37.6 tan emas sebagai backup kepada ekonomi negara!

6. Emas boleh dijadikan simpanan jangkamasa panjang, sifat emas yg tidak boleh diciptakan atau dimusnahkan menjadikan nilai emas sangat stabil dan sangat berharga pada masa akan datang.

7. Emas boleh dijadikan modal pusingan untuk berniaga, penyimpan emas tidak perlu meminjam duit dengan bank atau ahlong untuk dapatkan duit tunai segera. Hanya perlu pergi arrahnu atau terus jual emas tersebut.

Emas hanyalah salah satu alat pelaburan diantara banyak alat pelaburan yg lain, kita boleh memilih emas jika kita ada ilmu yg cukup untuk memaksimumkan keuntungan simpanan emas.

Kesimpulannya emas adalah aset yg mempunyai banyak kelebihan yg sesuai dengan semua orang disebabkan ianya murah dan mudah dimiliki. Jika tidak boleh simpan emas dengan banyak jangan tiada langsung! Dapat sesuatu?

READ | LIKE | COMMENT | TAG | SHARE | FOLLOW

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *