Emas Pelaburan (Goldbar)
Goldbar (jongkong emas)
Pemilihan emas fizikal yg betul membolehkan penyimpan emas mendapat lebih keuntungan dengan bermodalkan jumlah gram yg sama. Goldbar ini boleh dibeli secara terus di 18 cawangan Public Gold berdekatan ataupun menerusi akaun GAP secara online tanpa perlu datang ke cawangan Public Gold. Penyimpan emas melalui akaun GAP hanya perlu datang ke cawangan apabila ingin mengeluarkan goldbar ini.
Public Gold ada menjual goldbar (jongkong emas) berketulenan 999.9 (24K), goldbar berbentuk petak (jongkong). Penyimpan emas boleh mengumpul goldbar serendah 0.5 gram sehingga 1000 gram (kilobar) mengikut keperluan dan tujuan kita menyimpan emas.
Jika Goldbar 50g dan kebawah sesuai untuk simpanan manakala goldbar 100g dan keatas sesuai untuk pelaburan. Setiap berat goldbar mempunyai Gold Premium dan Spread yg berbeza. Contohnya; Gold Premium untuk emas fizikal 100 gram cuma RM70 dan spread serendah 7% berbanding Gold Premium untuk 1 gram 100 keping RM1,000 (RM10 x 100 keping) dan spread 9%. Perbezaan RM930 pada Gold Premium dan 2% pada spread walaupun berat gramnya tetap sama 100 gram!
Jadual Gold Premium dan Spread Goldbar
Senarai Goldbar Public Gold beserta Gold Premium dan spread:
Goldbar 1 gram berketulenan 999.9
Gold Premium RM10 | Spread 9%
Goldbar 5 gram berketulenan 999.9
Gold Premium RM10 | Spread 9%
Goldbar 10 gram berketulenan 999.9
Gold Premium RM15 | Spread 9%
Goldbar 20 gram berketulenan 999.9
Gold Premium RM20 | Spread 8%
Goldbar 50 gram berketulenan 999.9
Gold Premium RM40 | Spread 7.5%
Goldbar 100 gram berketulenan 999.9 (minted)
Gold Premium RM70 | Spread 7%
Goldbar 100 gram berketulenan 999.9 (castbar)
Gold Premium RM70 | Spread 7%
Goldbar 250 gram berketulenan 999.9 (castbar)
Gold Premium RM100 | Spread 6%
Kilobar 1000 gram berketulenan 999.9 (castbar)
Gold Premium RM200 | Spread 6%
Harga emas dan Gold Premium goldbar yg bersaiz besar lebih murah per gram berbanding dengan goldbar yg bersaiz kecil, sebab itu emas bersaiz besar sesuai untuk pelaburan. Harga emas 1,000g hanya RM174.8 per gram berbanding harga emas 10g RM177.5 per gram. (rujuk jadual sebelah)
Selain pada itu, faktor spread yg nipis membantu kita untuk untung maksimum semasa jual balik emas tersebut. Spread akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak kita akan untung.
Jika harga emas naik 9%, pelabur yg mempunyai emas fizikal dalam bentuk 250g atau 1,000 gram (baca spread 6%) sudah untung 3%, manakala penyimpan emas dalam bentuk 10g (baca spread 9%) baru dikira balik modal dan perlu lebih masa lagi untuk untung.
Pastikan kita kenal posisi kita terlebih dahulu, adakah kita penyimpan atau pelabur sebelum membuat pembelian emas? Jika kita sudah tahu posisi yg sesuai, baru kita boleh buat untung maksimum dengan emas ini. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat kita semua insyaallah, share post ini untuk bantu lebih ramai lagi orang dapat manfaat emas.
Sekian, terima kasih.