Kisah 1 Dinar & Kambing

Penggunaan emas sebagai wang untuk urusniaga telah wujud sejak ribuan tahun dahulu, emas memang diketahui bernilai oleh seluruh peradaban dunia dari timur hinggalah ke barat. Wang emas menjadi medium pertukaran buat masyarakat dahulu sebelum wujudnya duit kertas, asal usul wang kertas hanyalah sekeping resit yg menandakan kita mempunyai simpanan emas di bank. Selepas kerajaan Amerika memutuskan hubungan emas dengan duit kertas, nilai duit kertas tidak lagi disandarkan dengan nilai emas. Hari ini duit kertas dicetak tidak lagi disandarkan pada emas menyebabkan nilai duit susut saban tahun.

Berbeza dengan wang emas, ianya ciptaan Allah sebagai duit yg jujur kerana mempunyai nilai yg sebenar yg tidak bergantung kepada faktor manipulasi manusia. Saya kongsikan 1 kisah sahabat Nabi Muhammad s.a.w. berkaitan dengan penggunaan dinar emas untuk urusan jual beli.

Sahabat Nabi yg bernama Urwah diberikan wang satu dinar oleh Rasulullah saw untuk membeli seekor kambing. Kemudian Urwah membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Ketika Urwah menuntun kedua ekor kambing itu, tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan menawar kambing tersebut. Maka ia menjual seekor dengan harga satu dinar. Kemudian Urwah menghadap Rasulullah s.a.w. dengan membawa satu dinar wang dan satu ekor kambing. Baginda lalu meminta penjelasan dan Urwah menceritakan kejadiannya maka baginda pun berdoa: “Ya Allah berkatilah Urwah dalam perniagaannya

Walaupun kisah ini berlaku pada 1400 tahun yg lepas, pengajaran dari kisah ini membuktikan pada kita bahawa 1 dinar untuk nilai seekor kambing pada hari ini masih lagi relevan. Harga 1 dinar hari ini sekitar RM800 dan harga kambing juga sekitar RM800, walaupun harga emas naik 200% tidak bermakna kita boleh membeli lebih kambing dengan 1 dinar disebabkan harga emas naik harga kambing juga turut naik. Emas mampu untuk mengekalkan kuasa beli dan terbukti kalis inflasi selama ribuan tahun, nilai emas tidak berubah tetapi harga emas yg berubah! Wallahua’lam.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *