Public Gold patuh syariah
Sijil Patuh Syariah
![]() |
Sijil Patuh Syariah. |
Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah.
dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 urusniaga iaitu :
- Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).
- Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).
- Jualan balik (Buy Back).
Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas
ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara lani (spot) ketika majlis akad.
Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh
Syariah).
Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada
mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting
sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas
supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.
Untuk menjawab persoalan ini memerlukan situasi yang khusus seperti 3 urusniaga di atas kerana sesuatu hukum agama itu bergantung kepada situasi
dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga
itu dijalankan.
1. Belian biasa dengan bayaran Penuh (Outright Purchase)
Proses utama dalam urusniaga ini ialah:
- Kunci harga: Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk
membeli emas tertentu pada harga tertentu. - Pembayaran: Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit
keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut. - Pengambilan emas: Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan
bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan)
secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.
2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP)
Proses utama dalam urusniaga ini ialah:
- Kunci harga: Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk
membeli emas tertentu pada harga tertentu. - Pembayaran secara berperingkat: Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas
kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan
(security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga
tersebut. - Pengambilan emas: Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses
pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar
dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit
keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.
Proses utama dalam urusniaga ini ialah:
- Kunci harga: Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk
menjual emas tertentu pada harga tertentu. - Penyerahan emas: Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan
deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan
komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut. - Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun: Ketika ini barulah berlaku akad
jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar
deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual
beli emas.