Satu Gram Pertama

“Better late than never, never late is better”

Setiap orang akan memerlukan lebih perhatian dan fokus untuk melakukan sesuatu yg baru, setiap langkah diatur dengan penuh perancangan untuk menghasilkan hasil yg terbaik. Semua ilmu dan perancangan mestilah dilaksanakan sebaiknya, tanpa tindakan semuanya adalah sia-sia. Saya kongsikan kepada anda 3 sebab utama mengapa anda perlu bermula simpan emas walaupun 1 gram.

 

 

1. Benchmark Harga
Pembelian emas yg pertama amat penting untuk menentukan “how low is low” dan “how high is high” harga emas, tanpa pembelian pertama anda tidak akan tahu berapa harga emas murah atau mahal disebabkan anda tiada satu penanda aras harga emas anda sendiri. Harga emas adalah subjektif bagi setiap penyimpan emas, semuanya betul berdasarkan emas pertama yg mereka beli. Saya kongsikan satu contoh mudah;

Ahmad beli emas 1 gram pada harga RM150 dan selepas itu Maslan beli emas pada harga RM190, pada emas semasa RM180/gram. Ahmad menyatakan emas yg dibelinya dulu adalah murah dan Maslan menyatakan emas yg dibelinya dulu mahal berbanding dengan harga semasa. Penyataan Ahmad dan Maslan betul dan tepat berdasarkan 2 penanda aras yg berbeza, persamaan yg ada pada Ahmad dan Maslan adalah mereka bermula menyimpan emas. Bila dah ada penanda aras harga baru kita boleh mengatakan harga emas murah atau mahal.

2. Cepat Faham
Ramai penyimpan emas yg mula simpan emas hanya mempunyai ilmu asas emas, pembelian emas yg pertama memberikan pengalaman bagaimana perasaannya simpan emas dan menjadikan kita lebih bersemangat untuk mencari ilmu berkaitan emas supaya simpanan emas kita boleh dimanfaatkan sehabis baik. Semakin kita mencari ilmu emas semakin kuat perasaan kita ingin menyimpan emas dan bila kita sudah faham apa itu emas, simpanan emas kita telah banyak terkumpul semasa proses pembelajaran tersebut. Saya kongsikan satu fakta  menarik untuk anda; “Belum ada  orang jatuh miskin disebabkan 1 gram emas, tapi ramai yg kekal kaya disebabkan bermula dengan 1 gram emas”.

3. Motivasi
Setiap perkara yg kita buat seharian memerlukan kekuatan emosi untuk bermula, setelah bermula dengan langkah pertama segalanya seakan secara automatik menjadi mudah. Emas kita yg pertama akan menjadi “baby step” untuk kita mengumpul gram emas yg seterusnya, jika kita bermula dengan 1 gram akan menyedari pembelian tersebut adalah satu usaha untuk mencapai 1 kilogram emas yg pertama kita!

 

Saya doakan semua penyimpan emas mendapat manfaat selepas mula menyimpan emas, bermula dengan 1 gram bukan menjadi persoalan tetapi soal masa diantara lambat atau cepat sahaja untuk kita mencapai matlamat simpanan kita! Share perkongsian ini jika ianya memberikan manfaat kepada kita, semoga ianya menjadikan saham yg baik buat kita dalam menyebarkan ilmu yg bermanfaat pada semua insyaallah. Wallahua’lam.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *