Ciri-ciri emas terbaik.
“A good decision is based on knowledge and not on numbers.”

kita perlu cari harga emas yg paling murah untuk anda mendapatkan gram yg lebih dengan menggunakan modal duit tunai yg minimum. Pastikan juga emas fizikal tersebut tidak dikenakan SST dan tiada caj tersembunyi, dapatkan harga akhir untuk membolehkan kita tahu harga per gram yg sebenar. Dengan duit tunai RM1000 anda boleh beli 5 gram dari Syarikat A atau 4 gram dari Syarikat B walaupun ketulenannya sama 999.9 (24K).
2. Spread yg rendah.
Kita perlu pilih emas yg spread rendah untuk memaksimumkan keuntungan emas, spread rendah juga memendekkan masa anda menunggu untuk mendapat keuntungan simpanan atau pelaburan emas.Spread adalah perbezaan harga jual dan harga beli pada satu masa. PG Sell adalah harga yg dibayar oleh pembeli kepada pihak Public Gold dan PG Buy adalah harga yg dibayar oleh pihak Public Gold kepada penjual. Jika harga PG Sell naik maka harga PG Buy turut naik mengikut kadar spread yg tetap dan begitulah sebaliknya jika harga emas turun.
Paparan harga emas Public Gold 24 jam sehari. |
Kadar perbezaan antara harga jualan dan belian balik adalah sama setiap masa walaupun harga emas naik ataupun turun. Jika harga jualan emas fizikal 10 gram semasa adalah RM1,806 (PG Sell) dan harga belian balik RM1,643 (PG Buy), contoh pengiraan spread:
![]() |
Cara kiraan Spread Emas. |
Kita perlu pilih syarikat emas yg mampu menjual emas pada setiap masa untuk membolehkan anda membuat keuntungan yg maksimum dengan emas, tiada guna jika di saat harga emas murah syarikat tidak mampu untuk menjual emas pada masa tersebut. Pada saat harga emas murah adalah peluang yg terbaik untuk pelabur dan penyimpan untuk membuat pembelian borong. Malah ada syarikat emas yg tidak mampu menjual di saat harga emas murah dan hanya menjual di saat harga emas kembali tinggi sahaja.Berbeza dengan syarikat Public Gold yg sentiasa memberikan peringatan dan mesej untuk penyimpan dan pelabur untuk membuat permbelian jimat di saat harga emas murah. Harga emas murah bukan selalu ada, gunakan peluang tersebut sebaiknya.
![]() |
Mesej yg diterima apabila harga emas murah dari Syarikat Public Gold. |
Bonus bagi pembeli emas jika proses pembelian atau lock harga boleh dilakukan secara online mengikut harga semasa spot dunia (update setiap 20 minit sekali). Pembeli boleh lock harga dulu pada masa murah di tengah malam dan buat pembayaran di cawangan Public Gold berdekatan pada keesokan hari (maksimum 24 jam).
Kita perlu pilih syarikat emas yg ada banyak cawangan untuk memudahkan urusan jual beli emas anda setiap masa, tiada guna jika beli emas murah tapi terpaksa keluarkan kos pengangkutan yg tinggi semata-mata ingin beli atau jual emas di tempat yg jauh.Jika syarikat emas tersebut menggunakan sistem ejen sebagai wakil syarikat dalam urusan jual beli belum mampu untuk mengatasi masalah jual beli untuk jumlah emas yg banyak, stok emas ejen adalah terhad dan modal pusingan juga tidak menentu. Jalan penyelesaian untuk masalah ini adalah terus ke cawangan syarikat berdekatan untuk urusan jual beli.
Hari ini syarikat Public Gold mempunyai 1 Global Business Centre(HQ), 17 cawangan di seluruh Malaysia, 2 cawangan di Singapura dan 1 cawangan di Indonesia. Boleh dikatakan semua negeri di Malaysia mempunyai cawangan Public Gold untuk memudahkan urusan penyimpan dan pelabur.
Kita perlu pilih syarikat emas yg ada jaminan belian balik untuk memudahkan anda mendapatkan duit tunai hasil dari simpanan emas kita, tidak berbaloi jika ada simpanan 10 kilogram emas tapi susah untuk dijual balik kepada syarikat tersebut. Syarat belian balik juga tidak perlu cerewet untuk memudahkan proses jualan balik emas fizikal tersebut.Mengikut pengalaman saya, ada syarikat emas memerlukan resit pembelian untuk proses jualan balik. Jika tiada resit harga belian balik boleh susut lebih tinggi. Ada juga syarikat yg meletakkan syarat emas fizikal yg hendak dijual tidak boleh kemek atau calar, jika emas tersebut kemek atau calar syarikat tidak akan membeli emas tersebut dan pemilik emas terpaksa menjual kepada pihak ketiga atau pun kedai emas.
Berbeza jika kita membeli emas dengan Public Gold, setiap emas yg dijual mempunyai jaminan belian balik yg dipaparkan di website Public Gold setiap masa dan dikemaskini setiap 20 minit sekali. Malah jika anda mempunyai emas jenama lain pun Public Gold boleh beli dengan harga yg berpatutan, asalkan emas cukup berat dan ketulenan terus boleh jual ataupun boleh tukarkan kepada emas Public Gold.
![]() |
Paparan harga emas Public Gold mengikut harga spot emas dunia |