5 Gram Pertama
Teknik ajaib simpan emas? Shortcut simpan emas? Cara nak beranakkan emas? Jawapan saya tiada jalan shortcut dalam menyimpan emas kecuali “Beli, Simpan dan Lupakan”. Saya akan share kepada semua 1 teknik untuk menyimpan emas dengan cara mudah dan santai. Teknik ini adalah diantara salah satu cara yg mudah diamalkan dalam jangkamasa singkat. Bila kita sudah tahu teknik menyimpan yg betul, segalanya akan jadi mudah dan berkesan. Disiplin dan fokus kepada setiap langkah teknik ini, insyaallah simpanan kita akan bertambah dengan banyak tanpa kita sedar.
Teknik Force Saving ini lebih kepada ‘memaksa’ diri kita menyimpan emas di dalam mod ‘pantas’. Ikuti 7 langkah mudah seperti di bawah:
- Buka Akaun GAP paling kurang 1 gram. Hanya dengan akaun GAP kita boleh beli emas 1 gram dengan harga lebih murah.
- Fokus untuk menambah (top up) gram ke dalam akaun GAP sebanyak 6 gram secepat yg mungkin TANPA TERPENGARUH dengan harga emas semasa.
- Selepas cukup 6 gram di dalam akaun GAP, kita boleh keluarkan goldbar 5 gram daripada akaun GAP (baki 1 gram mesti ditinggalkan dalam akaun supaya kekal aktif).
- Hubungi cawangan Public Gold yg berdekatan dan beritahu staf yang kita nak keluarkan emas fizikal Goldbar 5 gram dari akaun GAP.
- Datang cawangan Public Gold, jangan lupa bawa IC dan terus bayar duit Caj Premium (RM10).
- Simpan goldbar 5 gram tersebut dalam wallet/purse kita.
- Ulang langkah ini untuk kumpul 5 gram yg seterusnya, jika rasa mampu boleh cuba kumpul 10 gram, 20 gram dan seterusnya.
Pada waktu ini adalah saat yg paling seronok bila melihat 5 gram emas (baca harga RM900) berada di dalam wallet/purse kita tanpa rasa nak perabiskan duit (emas) tersebut.
Saya kongsikan lagi 1 tips mudah dari guru emas saya; buat dulu faham kemudian!!
Soalan: Kalau saya tidak minat goldbar 5 gram, saya nak keluarkan 1 dinar boleh tak?
Jawapan: Semestilah boleh, 1 Dinar cuma 4.25gram!
Cuba dulu simpan 5 gram dalam wallet insyaallah emas tersebut mampu bertahan lama, secara automatik tanpa kita sedar minded kita akan berfikir simpan duit dalam bentuk emas ini kalis bocor dan kalis boros! Share perkongsian ini jika ianya memberikan manfaat kepada kita, semoga ianya menjadikan saham yg baik buat kita dalam menyebarkan ilmu yg bermanfaat pada semua insyaallah. Wallahua’lam.
Sekian, terima kasih.