Strategi Pelaburan Emas

Apabila kita membuat pelaburan emas, kita perlukan strategi yang terbaik untuk mendapat keuntungan yg maksimum, iaitu rancangan teratur yang mengambilkira pelbagai faktor untuk mencapai matlamat atau kejayaan.
Pelaburan/ simpanan emas boleh jadi perkara yang rumit, sebelum memulakan langkah pertama kita perlu jelas tentang TIGA (3) perkara asas yang penting:
1. Matlamat anda melabur/menyimpan emas.
2. Memilih produk yang sesuai dengan matlamat (1).
3. Menguruskan risiko yang berkait dengan produk (2).
Apakah strategi terbaik untuk saya?
Malangnya tiada satu strategi yang sesuai dengan semua orang. Setiap orang perlukan strategi yang berbeza-beza. Strategi terbaik mestilah bersesuaian dengan matlamat, produk dan risiko barulah kita boleh mendapat keuntungan yg maksimum.
Strategi #1: Pelindung Nilai(Aset)
i. (Matlamat) Jika matlamat kita membeli emas sebagai insurans kekayaan atau sebagai harta, maka strategi yang patut kita gunakan adalah seperti berikut:
ii. (Pemilihan Produk) Kita mesti pilih emas fizikal yang kita boleh simpan sendiri. Contohnya jongkong emas dan dinar emas. Harga pula mesti mengikut harga emas semasa dunia (spot price).
Kelebihannya kita tidak perlu takut risiko ditipu oleh pihak ketiga, emas fizikal tetap emas (baca tetap bernilai) walaupun syarikat pengeluarnya sudah tutup. Kita juga boleh mengelakkan penjual emas tersebut melarikan emas kita (bankrap/pecah amanah) sebab emas tersebut kita pegang sendiri.
iii. (Pengurusan Risiko) Emas fizikal ada risiko kehilangan/kecurian. Jadi kita perlu simpan dengan selamat. Kalau nak sembunyikan di rumah, tempat penyembunyian mestilah kreatif dan WAJIB memberitahu pasangan kita yg tempat simpanan emas tersebut.
Kita kena fikir tempat yg sebaiknya, kalau kita rasa rumah tak selamat maka kita kena menyewa safe deposit box di bank atau swasta. Kita kena keluarkan sedikit modal untuk memastikan simpanan emas kita selamat dan kita boleh tidur lena setiap malam.
Biasanya kita boleh sewa safe deposit box selama setahun dan caj sewaan sekitar RM100-RM500 bergantung kepada saiz kotak dan syarikat yg menyediakan servis ini. Safe deposit box bukan sahaja boleh simpan emas, kita juga boleh simpan dokumen berharga/penting yg lain.
Strategi #2: Simpanan/Pelaburan.
i. (Matlamat) Jika matlamat kita adalah simpanan/pelaburan, maka strategi kita adalah seperti berikut:
ii. (Pemilihan Produk) Kita boleh pilih akaun simpanan emas contohnya di bank (Bank Muamalat, Kuwait Finance House) atau syarikat swasta (Public Gold, Hello Gold). Jika ada bank yg menawarkan emas tanpa fizikal ianya tidak patuh shariah, setiap pembelian emas mestilah kena ada emas fizikal.
Pastikan simpanan emas tersebut disandarkan dengan emas fizikal, maksudnya kita boleh keluarkan emas fizikal atau terus jual emas simpanan kita pada setiap masa.
Kita juga senang nak tambah emas dalam kuantiti kecil mengikut bajet simpanan kita setiap bulan, kita tidak perlu fikir aspek keselamatan simpanan emas kita. Bank/syarikat tolong simpankan untuk kita tanpa caj, kita pun boleh bercuti dengan tenang dan boleh tidur lena.
Kita kena tengok spread jualan balik emas dan harga belian per gram, harga jual beli mesti berubah mengikut pergerakan harga emas semasa dunia. Setiap bank/syarikat mempunyai harga jualan dan spread yg berbeza.
Pastikan emas tersebut senang untuk kita beli dan jual, kalau susah atau cerewet nak beli dan jual pun boleh jadi masalah. Pilih syarikat yang menyediakan ejen/dealer di setiap kawasan yang kita tinggal, ianya akan memudahkan urusan jual beli emas kita.
iii. (Pengurusan Risiko) Adakah syarikat/bank menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal?
Ada bank yang tidak menawarkan pengeluaran emas fizikal, maknanya kita beli emas diatas kertas sahaja (paper gold). Jadi jika kita nak pegang emas fizikal, kita perlu pilih bank/syarikat yang menawarkan pengeluaran emas fizikal dari akaun simpanan kita.
Kemudian bagaimana dengan syarat jualan semula(buyback)? Ada syarikat yang menawarkan pengeluaran emas fizikal tetapi tak akan beli balik emas fizikal daripada anda, tiada guna simpan emas berkilo tapi susah untuk jual balik. Pastikan kita membeli emas yg ada jaminan balik dan tidak cerewet. Emas calar, bengkok, putus, open seal atau tiara resit tetap boleh jual.
Ada juga syarikat yang mengenakan caj untuk servis ‘safe keeping’ untuk simpanan emas sehingga 2% setahun. Ada juga sediakan servis ini percuma, kita kena semak kontrak penjanjian sebelum menggunakan servis ini.
Strategi #3: Jual Beli/Bisnes.
i. (Matlamat) Jika matlamat kita nak buat jual beli emas, kita boleh buat duit cepat setiap masa. Maka strategi kita adalah seperti berikut:
ii. (pemilihan produk) Kita kena pilih emas yg ‘high demand’, platform online yg bagus, stok tanpa had, cawangan yg banyak, spread yg nipis dan jaminan belian balik.
iii. (Pengurusan risiko) Stok modal emas kita mungkin banyak, jika kita tiada kedai emas risiko stok kita untuk hilang sangat tinggi. Untuk mengatasi masalah ini kita boleh gunakan platform online yg disediakan oleh syarikat untuk memudahkan urusan jual beli emas, kita cuma rekemen orang lain untuk beli emas syarikat tersebut dan dapat komisyen untuk setiap pembelian orang tersebut.
Kita perlu lengkapkan diri kita dengan ilmu emas yg secukupnya untuk membantu/membimbing orang lain dalam urusan penyimpanan dan pelaburan emas.
Kesimpulan, Dalam pelaburan emas terlalu banyak strategi. Pilih yang sesuai dengan objektif pelaburan kita. Jika ia bersesuaian, InsyaAllah kita akan beruntung dan boleh tidur lena.
Silakan share jika bermanfaat.